Wednesday, 10 April 2019

Set Lengkap Penjagaan Kulit Joielle Baby

10:45 pm 22 Comments

Set Lengkap Penjagaan Kulit Joielle Baby | Assalamualaikum. Hello korang! Kali ini syira nak kongsi dengan korang set newborn daripada Joielle Baby. Mesti hairan kan syira asyik review barangan baby ja kan? Of course la, demi anak syira sentiasa nak yang terbaik untuk Medina. Set ini berbaloi sangat sebab terdiri daripada baby lotion, baby cream, baby bath, baby shampoo, baby oil dan juga chest and tummy rub. Mari syira share step by step penggunaan set newborn ini dekat korang especially mummies!

Kenapa perlu pilih Joielle Baby?

Sebab set newborn Joielle Baby ni sangat sesuai bagi bayi yang mempunyai masalah kulit seperti ekzema, kulit kering dan sebagainya. Produk Joielle Baby juga diperkaya dengan bahan semula jadi. Terutamanya aloe vera dan vitamin E di mana telah mendapat kelulusan KKM dan 100% halal untuk digunakan. Haaa.. tak perlu was-was okay mummies. Kalau korang nak tau barangan Joielle Baby juga bebas SLS, paraben dan steroid.


Langkah Pertama
Joielle Baby Shampoo dan Baby Bath

Set mandian ini syira dah gunakan seminggu dekat medina. Wanginya ya ampun. Tekstur yang lembut di kulit. Kulit medina lebih lembut dan kekal lembap. Set mandian ini boleh digunakan setiap hari. Jangan kata medina ja guna, ibu pun tumpang sekaki ye sebab boleh ja digunakan untuk orang dewasa. Paling best sebab mampu merawat masalah kulit seperti ruam lampin, ruam panas, ekzema dan sebagainya.

Joielle Baby Shampoo

Medina ni ada la jugak kadang jadi ruam sebab cuaca panas. Jadi tak perlu risau dengan adanya Joielle Baby Shampoo dan Baby Bath. Oh ya, Baby Bath ni mampu menyelesaikan masalah kerak kepala. Medina dulu masa tiga bulan ada masalah kerak kepala, jadi newborn baby kalau ada masalah ini boleh gunakan baby bath ni.

Cara menggunakan Joielle Baby Shampoo dan Baby Bath

Baby shampoo: Lapaskan rambut bayi anda kering. Letakkan shampoo di tapak tangan dan gosok dengan air sehingga berbuih. Sapukan dan urut perlahan-lahan di kepala bayi anda. Bilaskan sehingga bersih. Harga RM33.
Baby bath: Basahkan rambut bayi anda. Letakkan baby bath di tangan dan gosok dengan sedikit air. Sapu dan gosokkan baby bath ke seluruh badan bayi dan bilaskan sehingga bersih. Harga RM32.

Joielle Baby Bath

Langkah Kedua
Joielle Baby Oil dan Baby Lotion

Selepas mandi, syira akan pakaikan Joielle Baby Oil dan Baby Lotion dekat medina. Baby oil ni syira sapukan dan urutkan di kepala dan badan medina supaya medina terasa lebih selesa dan dapat mengekalkan kelembapan kulit. Korang juga boleh letakkan di kepala bayi untuk menghindarkan masalah kerak kepala. Tekstur baby oil ini senang meresap ke dalam kulit dan tidak berminyak.

Joielle Baby Oil
Selepas itu syira akan sapukan baby lotion dekat medina. Wangi sangat ibu oi baby lotion ni. Tekstur lotion ni ringan ja. Senang meresap ke dalam kulit dan tidak melekit. Bukan takat anak boleh guna, ibu medina pun boleh guna juga lotion ni. Syok weh. Must try! Boleh digunakan untuk harian dan bila-bila masa sahaja.

Cara menggunakan Joielle Baby Oil dan Baby Lotion

Baby Oil: Pastikan badan/kepala bayi kering. Sapukan minyak bayi dan urutkan perlahan-lahan. Harga RM35.
Baby Lotion: Sapukan nipis mengikut keperluan. Bila-bila pun boleh gunakan. Harga RM35.

Joielle Baby Lotion


Langkah Ketiga
Joielle Baby Cream dan Chest & Tummy Rub

Joielle Baby Cream dan Chest & Tummy Rub ini syira gunakan setiap malam untuk medina. Sebelum tidur, syira sapukan baby cream dulu supaya medina selesa tidur. Medina ni selalu sangat kena gigit dengan nyamuk, jadi sesuai sangat kalau gunakan baby cream untuk kurangkan kegatalan. Selain itu, baby cream juga boleh merawat masalah ruam bayi.

Joielle Baby Cream

Selepas itu, syira sapukan Chest & Tummy Rub. Ini bagi mengelakkan perut kembung ye ibu-ibu. Bila dah sapukan Chest & Tummy Rub ni, kualiti tidur bayi anda pun lebih baik sebab perut selesa ja sepanjang malam. Chest & Tummy Rub juga boleh digunakan sekiranya batuk dan selsema. Boleh juga digunakan setiap hari.

Cara menggunakan Joielle Baby Cream dan Chest & Tummy Rub

Baby Cream: Sapukan baby cream di bahagian yang bermasalah. Boleh juga digunakan untuk harian. Harga RM33.
Chest & Tummy Rub: Sapukan Chest & Tummy Rub di dada dan belakang badan bayi anda. Harga RM39.

Joielle Baby Chest & Tummy Rub

Jika korang berminat untuk mencuba set lengkap newborn ini, korang boleh dapatkan di Mom's Care, Happikiddo, Babyland SS2, Pick A Dress (Airul Khairiyah), Baju Mengandung Ibumanja (Husna or Jira), Suri Vision Sdn Bhd (Haza / Lunatots), Mom's House Baby Shop, Butik Tateh, Mothers First Choice, D Baby Care, Mama's Love, Marissa Shoppe, Mamayaya Zone, NurizShar dan MommAZ HouZ. Untuk senarai penuh korang boleh klik sini➡ Find Us!

Set Lengkap Newborn

Oh ya. Harga set newborn ini hanyalah RM199. Berbaloi sangat korang! Berita baik untuk ibu-ibu, korang boleh dapatkan potongan diskaun 10% dengan menggunakan kod "syiera01" semasa check out di website Joielle Baby. Wow bestnya!!

Jangan lupa shopping!!


Sunday, 31 March 2019

Masak Spagetti Segera 3 Minit Dengan Master Pasto

3:08 pm 22 Comments

Masak Spagetti Segera 3 Minit Dengan Master Pasto | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ya ampun serius la tiga minit je? Spagetti apa tu masak hanya tiga minit je? Selalu kalau syira dok masak spagetti makan masa lebih kurang setengah jam🤔🤔 Haaa inilah istimewanya Master Pasto.


Dekat rumah memang boleh dikatakan setiap bulan, syira akan masak pasta. Sebabnya kadang-kadang rasa bosan asyik makan nasi ja kan. Medina pun suka makan pasta. Selera minah Itali mek sorang ni 😅 Ibu layankan jelah selera asalkan nak makan.

Master Pasto - Ready To Eat Meal in Malaysia!

Master Pasto merupakan produk keluaran Lioco Food SDN BHD yang telah ditubuhkan sejak tahun 2017 di Pulau Pinang. Walaupun Master Pasto ini spagetti segera atau instant spagetti, Master Pasto tidak mengandungi MSG dan bahan pengawet which is good for my family. Medina pun boleh makan. Semestinya Master Pasto ini halal ye anak-anak. Jangan risau!


Terdapat tiga pilihan spageti yang dijual oleh Master Pasto iaitu Aglio Olio, Bolognese dan Mushroom Cream. Kesemua spageti Master Pasto  ini disertakan dengan ayam. Siapa yang tak suka ayam kan? Dalam setiap kotak disediakan dua peket flexy iaitu sos dan spageti. 'Flexy Packy' yang digunakan selamat dan direka khas bersesuaian dengan suhu semasa penyediaan.

Syira suka semua spageti Master Pasto

Master Pasto Spagetti Bolognese
Rasa sos yang masam dan cukup rasa bagi syira. Disertakan dengan ketulan ayam yang menambahkan lagi selera. Sedap wei. Tak pedas. Just nice kalau nak bagi anak makan.


Master Pasto Spagetti Aglio Olio
Yang ni favourite syira sebab syira memang suka makan pedas. Hehe tekak orang melayu ni memang suka sangat pedas. Tapi bagi syira, tak pedas sangat. Pedas manja-manja ja. Kalau boleh bagi skala kepedasan daripada 10, syira bagi 3/10 ja. Sedap!


Master Pasto Spagetti Mushroom Cream
Adudu.. yang ini pun sedap. Semua sedap pendek cerita. Yang ini Medina suka sangat. Banyak dia makan sebab sos cendawan yang sangat sedap dan penuh krim. Cukup rasa dan kena dengan selera kami anak beranak hehe.


Mudah je nak sediakan!
Boleh reheat dengan microwave atau didihkan di dalam periuk selama tiga minit. Dah siap! Mudah kan? Orang putih kata 3 minute wonder gitu. Haha


Master Pasto ini tak perlu disimpan di dalam peti sejuk dan sangat bersesuaian bagi korang yang suka travel. Sebab ready meal kan? Buka dan reheat je. Dah boleh makan. Spageti pun dimasak al dente gitu. Korang jangan risau, its Halal. Kalau nak travel confirm syira beli Master Pasto. Support sikit Malaysia Halal Food.

Korang nak cuba? Boleh terus order di maklumat di bawah⤵⤵
Facebook: Master Pasto
Instagram: @masterpasto

Sunday, 24 March 2019

Review Neem Balm Keluaran ZM Beauty

11:08 am 8 Comments

Review Neem Balm Keluaran ZM Beauty | Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca kesayangan syira. Kali ni syira nak kongsikan dengan korang mengenai produk terbaru keluaran ZM Beauty iaitu Neem Balm. Sebelum ni, Syira pernah gunakan produk ZM Beauty, Garlic Balm untuk Medina. Pernah dengar tak daun semambu? Khususnya daun semambu digunakan bagi merawat campak atau chicken pox.



Medina pernah terkena campak masa umur setahun. Husband syira punya la puas mencari daun semambu sebab zaman sekarang ni agak sukar untuk cari daun ni tau. Tak silap selalu ada tumbuh pokoknya di kuil. Disebabkan itulah syira standby siap-siap Neem Balm ni. Senang kan kalau bila perlu nanti.


Neem Balm - Rawatan Moden Daun Semambu !

Syira tertarik dengan Neem Balm keluaran ZM Beauty ni sebab senang untuk bawa ke mana saja. Bahan-bahan yang digunakan pun bahan semula jadi dan selamat digunakan oleh seisi keluarga. Bahan-bahan yang terkandung dalam Neem Balm adalah daun semambu, minyak zaitun dan lilin lebah.




Neem Balm Sesuai Digunakan Untuk:
🌿Merawat kulit kering
🌿Ruam demam campak
🌿Masalah kulit yang ringan
🌿Kegatalan kulit
🌿Ruam lampin

Perlu diingatkan Neem Balm ini hanya boleh digunakan untuk sapuan luaran sahaja. Macam mana nak gunakan Neem Balm? Cuma sapukan secara nipis di bahagian kulit bermasalah. Syira gunakan Neem Balm selepas mandi. Tapi korang boleh je rujuk pada belakang balm ini untuk maklumat lanjut.


Testimoni Syira
Untuk pengetahuan korang, syira sendiri menggunakan Neem Balm ini selain syira sapukan juga dekat Medina. Medina senang sangat digigit nyamuk. Tak tau la kenapa nyamuk suka sangat dengan dia. Eh. Hahaha bila kena je gigit terus syira sapukan Neem Balm dekat Medina. Supaya kesan gigitan itu berkurangan. Kalau tidak mesti timbul bintik merah. Selain itu, Medina sering juga kena ruam disebabkan faktor cuaca sekarang yang agak panas. So far cepat surut ruam Medina. That's means serasi dengan Medina.

Syira gunakan Neem Balm di tumit kaki. Rasanya disebabkan kulit kering, tumit kaki senang pecah atau merekah. Selepas menggunakan Neem Balm, kulit di tumit kaki semakin lembap dan kesan pecah berkurangan. Alhamdulillah. Seronok ibu Medina. Syira juga sapukan di jari syira selalu mengelupas. See? Dah tak mengelupas lagi!




Oh ya korang jangan risau tau Neem Balm ini mendapat kelulusan KKM dan bebas kimia. Syira suka sangat dengan tekstur Neem Balm ni tidak melekit dan senang meresap ke dalam kulit. Lagipun bau Neem Balm ni sangat wangi. Nak sapu pun rasa best je baunya. Yang paling penting guna neem asli okay. Natural je.

Testimoni Pengguna Lain

Harga Neem Balm
Harga Neem Balm adalah RM45 dengan berat 60gm. Setiap pembelian Neem Balm, korang akan dapat free gift iaitu termometer digital dan casing khas daripada ZM Beauty berserta keychain. Oh ya termometer digital sangat terhad kepada 10k unit pertama sahaja. Cepat-cepat grab tau! Kat mana nak beli? Tengok details di bawah ini.

Facebook: Zuraini Muhammad
Instagram@neembalmhq
FB Page: NeemBalmHQ
Whatsapp: 011-32484182
Call: 07-7550792


Agent Wanted!!
Kepada yang berminat untuk tahu lebih detail boleh terus klik link dibawah untuk fast respond








Thursday, 14 March 2019

Lebih 10,000 Jawatan Kosong Di Kerjakosong.Co

9:42 am 2 Comments

Lebih 10,000 Jawatan Kosong Di Kerjakosong.Co | Assalamualaikum dan selamat pagi korang. Sekarang ni nak mencari kerja memang satu cabaran bukan? Yela dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sememangnya memberikan kesulitan untuk individu tertentu terutamanya fresh graduated. Demi kelangsungan hidup, kita kena juga berusaha mencari peluang pekerjaan. Yela, takkan nak tanam anggur je kan?


Tahukah anda Malaysia mempunyai lebih daripada 500,000 orang penganggur yang mencari jawatan kosong 2019 ? Banyak tu. Kadar pengangguran kian meningkat disebabkan gaji yang ditawarkan rendah dan skop kerja tidak sesuai.

Ala, sebenarnya untuk pengetahuan korang, banyak jawatan kosong yang ada di Malaysia sama ada popular atau tidak, tapi memang banyak kekosongan jawatan seperti , jawatan kosong TNBpolis bantuankerja kosong kelantanjawatan kosong terengganu dan jawatan kosong kerani.

Jawatan-jawatan kosong ini antara paling ramai orang cari dan orang minat. Mungkin kerjanya menarik dan gajinya setimpal dengan pekerjaan. Mungkin juga ada yang minat untuk berbakti kepada masyarakat tanpa mengira gaji.

Jom cari kerja di Kerjakosong.Co

Bagi korang yang masih mencari kerja kosong, inilah masanya! Korang boleh lawati -> https://www.kerjakosong.co/ dan tengok jawatan kosong yang korang minati. Di dalam portal jawatan kosong ini, ada jawatan kosong kerajaanjawatan kosong swasta, dan jawatan kosong SPA.

Pencarian kerja anda akan lebih mudah dengan adanya laman web ini. Ini kerana laman web ini memberikan info-info kerja kosong yang terbaru, tepat , dan berserta tips mudah dapat kerja. Wah mudah semuanya kan? Tak kiralah sama ada kerja kosong dari sektor kerajaan mahupun kerja kosong dari sektor swasta.

Bagi korang yang selalu search google atau mencari jawatan kosong di laman web, korang mungkin bengang dan kecewa kerana terlalu banyak laman web yang pelik-pelik yang "kononnya" memaparkan jawatan kosong yang terkini, padahal jawatan tersebut tidak wujud atau sudah tamat tarikh permohonan. Yes! Syira dulu pun selalu ja kecewa bila apply rupanya dah closed.

So kalau korang tak nak pening, pastikan korang hanya semak jawatan kosong di laman web KerjaKosong.Co sahaja ye! Jangan lupa bookmark laman web dan blog kerja kosong ini dan selalu check setiap hari. Kena selalu update okay.

Okay, itu jelah Syira nak kongsi hari ini. Diharapkan korang dapat mencari jawatan kosong 2019 dengan mudah melalui portal jawatan kosong yang di kongsikan. Boleh share kalau rasa bermanfaat kepada orang lain. Semoga urusan korang dipermudahkan.



Saturday, 2 March 2019

Aktiviti Outdoor Menarik di Awanaz Rarecreation, Kedah

2:06 pm 14 Comments


Aktiviti Outdoor Menarik di Awanaz Rarecreation, Kedah | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai korang! Siapa kat sini sukakan aktiviti outdoor yang santai ataupun lasak? Angkat tangan sikit🙋🙌 Syira assume di sini mesti ramai saja yang berminat malahan sering meluangkan masa melakukan aktiviti outdoor kan? For that reason, syira nak share dengan korang mengenai Awanaz Rarecreation.

Awanaz Rarecreation? Bagi yang tertanya-tanya Awanaz Rarecreation merupakan tempat rekreasi yang menyediakan pelbagai aktiviti luar rumah yang menarik untuk korang yang meminati aktiviti outdoor. Selain daripada itu, Awanaz Rarecreation juga menyediakan tempat untuk perkhemahan. Tiba-tiba teringat lagu berkhemah bersama si nopal😅 Oh ya, Awanaz Rarecreation ditubuhkan pada 5 Disember 2018.

Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga dan rakan-rakan. Tunggu sat nohh satgi syira cerita aktiviti apa yang disediakan di Awanaz Rarecreation ini. Bagi syira, Awanaz Rarecreation ini mempunyai keunikan tersendiri. Selain lokasi yang menarik dan strategik, korang juga dapat menikmati keindahan alam sekitar.

Lihat saja lah Awanaz Rarecreation ini dikelilingi dengan bukit, hutan dan sungai. Bunyi macam menenangkan ja kan? Kalau korang sukakan percutian yang memerlukan ketenangan dan privasi, Awanaz Rarecreation patut masuk wishlist korang. Okay kat bawah ni antara aktiviti yang disediakan di Awanaz Rarecreation.

🌳Hiking bukit
Bestnya hiking bukit. Korang ada teroka keindahan alam semula jadi selain meningkatkan stamina badan korang. Haa gitu

Perkhemahan
Aktiviti yang paling popular dikalangan pelajar sekolah. Sesuai sangat untuk adik-adik berkhemah. Jangan kata student, family pun boleh berkhemah.

🚜ATV ride
Ini antara aktiviti yang syira minat. Sebab challenging bagi syira. Kalau korang tak reti handle ATV memang susah sikit. Tapi korang kena cuba.



Meredah sungai dengan menaiki bot
Unik kan? Ini pun something yang rare. Dapat redah hutan dengan menaiki bot.

🏹Archery game
Korang juga boleh mencuba permainan memanah yang turut disediakan di Awanaz Rarecreation.

Selain daripada aktiviti-aktiviti di atas, terdapat jugak aktiviti lain seperti memancing ikan, menanam padi, membuat jerat di hutan, BBQ, berkelah dan banyak lagi. Korang request sahaja nak buat aktiviti, inshaallah Awanaz Rarecreation boleh realisasikan hasrat korang.

Di Awanaz Rarecreation, juga boleh diadakan "Garden Wedding". Haaa.. kalau korang impikan perkahwinan ala ala Yuna tu boleh cuba adakan di Awanaz Rarecreation. Bukan setakat wedding, program lain seperti explorace, team building, seminar juga boleh dilakukan di Awanaz Rarecreation. Jadi apa korang tunggu lagi? Jom bercuti di Awanaz Rarecreation!





Untuk maklumat lanjut dan tempahan:

WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK

Lokasi: No 1331 Awanaz, Kampung Charok Tok Lateh, 06000 Wang Tepus, Kedah, berhampiran Bandar Darulaman, Jitra, Malaysia.