D’Aura AVCO: Serlahkan Kecantikan Kulit Dan Rambut Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kalian pernah dengar tak mengenai minyak kelapa dara? Mesti pernah kan. Syira boleh dikatakan dah lama mengamalkan minyak kelapa dara sejak zaman anak dara lagi. Sebabnya memang banyak khasiat dan juga kebaikan daripada minyak kelapa dara.

 

Kali ini syira menggunakan produk keluaran terbaru daripada D'Aura Group Sdn Bhd iaitu AVCO. Sejujurnya, syira pernah menggunakan VCO softgel keluaran D'Aura juga semasa mengandungkan medina dulu. Sememangnya jenama trusted bagi syira.

 

Apa itu AVCO? AVCO atau Aromatic Virgin Coconut Oil merupakan minyak yang diformulasikan bagi meningkatkan bauan aromatik tanpa menjejaskan keaslian minyak kelapa dara. Terdapat dua bauan memukau iaitu Floral Fresh dan Morning Dew. Yang syira gunakan ialah Morning Dew. Wangi sangat.

 

D'Aura AVCO mengandungi bahan seperti;
99% minyak kelapa dara asli
1% ekstrak wangian tumbuhan semulajadi

Siapakah yang memerlukan D'Aura AVCO?
- Bekerja terlalu lama dalam penghawa dingin
- Terdedah dengan cahaya matahari
- Mengguna produk tinggi kimia
- Dehidrasi


Keistimewaan D'Aura AVCO
- Dihasilkan dengan bahan organik
- Bebas dari bahan terlarang seperti SLS, plumbum dan paraben.
- Diperkaya dengan kandungan antioksidan dan vitamin E.
- Tekstur yang senang meresap dan tidak greasy.
- Sesuai digunakan oleh semua peringkat umur.
- Produk keluaran Malaysia.
- Harga mampu milik.



Cara Syira menggunakan D'Aura AVCO sebagai rutin harian

Berikut merupakan cara syira menggunakan D'Aura AVCO sebagai rutin harian. Sebagai seorang ibu, syira sentiasa menitikberatkan penjagaan kulit dan rambut syira dan juga keluarga. Syira memang agak cerewet dalam soal ini. Untuk itu, syira memilih untuk menggunakan D'Aura AVCO sebagai rutin harian kami sekeluarga.


1) Pelembap bibir
Syira menggunakan D'Aura AVCO sebagai pelembap bibir. Dengan cuaca yang panas terik, bibir syira kadang-kadang kering. Jadi D'Aura AVCO dapat melembapkan bibir.

2) Melembapkan kulit badan
D'Aura AVCO terbukti berkesan dalam melembapkan kulit badan sekiranya kalian mengalami masalah kulit kering seperti syira.

3) Merawat rambut
Ini part paling best. D'Aura AVCO dapat merawat masalah rambut seperti rambut gugur, rambut kusut dan sebagainya. Syira ada apply dekat medina sebab rambut dia sering kali kusut dan susah nak rapikan.

4) Face oil
Kulit syira sememangnya kategori kulit kering. Jadi, syira menggunakan D'Aura AVCO setiap malam supaya kulit muka sentiasa lembap dan tidak kering.

 

5) Make up remover
Haaa.. Ini wajib bagi perempuan! Solekan perlu dibersihkan secara menyeluruh supaya kulit muka tidak berjerawat. Serius senang tanggal menggunakan D'Aura AVCO. Tak percaya? Boleh tengok video di bawah.




Menarik kan D'Aura AVCO? Setiap botol mempunyai isipadu 50ml. Tahan lama tau sebab syira pam sedikit sahaja mengikut penggunaan. Oh ya, D'Aura AVCO tidak boleh dimakan dan hanya untuk penggunaan luaran sahaja.

 

Sekiranya kalian berminat untuk menempah atau mencuba D'Aura AVCO ini, boleh klik pautan yang tertera di bawah. Selamat mencuba!

Websitehttp://www.daura.com.my
Instagramhttps://instagram.com/daura_hq

 

5 Note(s) ?

  1. Un.guna yg.merah, ni biru mesti wangi juga kan.apapun mmg best AVCO

    ReplyDelete
  2. IQ pun suka AVCO ni...mudah dibawa ke mana2

    ReplyDelete
  3. Memang bagus sangat produk AVCO ni. Suka sebab satu botol boleh guna utk smeua

    ReplyDelete
  4. AVCO memang banyak khasiat terutama untuk kulit. Nanti nak cuba lah AVCO D'Aura ni

    ReplyDelete
  5. Fiza kongsi ngn si kecik buat minyak rambut.. bau pun sedap lembut je

    ReplyDelete