E-Zakat Pay: Mudahnya Bayar Zakat Secara Online - Syiera Firdaus

Wednesday, 13 May 2020

E-Zakat Pay: Mudahnya Bayar Zakat Secara Online


E-Zakat Pay: Mudahnya Bayar Zakat Secara Online | Assalamualaikum. Haaa.. Dah bayar belum zakat fitrah? Kalau belum, kali ini syira nak kongsikan dengan pembaca cara bagaimana hendak membayar zakat fitrah secara online atau atas talian. Seperti mana yang kita ketahui, zakat fitrah wajib ditunaikan setiap kali Ramadan bermula.

Tetapi tahun ini agak berbeza dengan tahun sebelum ini. Kita diuji dengan wabak Covid19. Jadi, kiranya agak berlainan sambutan Ramadan kali ini. Tiada terawih di masjid, tiada bazar dan sebagainya. Jujurnya, syira turut bersedih dengan apa yang terjadi. Namun sebagai umat Islam, kita perlu redha dan bersangka baik dengan dugaan-Nya. Semoga Allah SWT mengangkat wabak ini jauh daripada kita tidak lama lagi. Amin


Selalunya kalau bayar zakat fitrah kena berjabat tangan kan? Tetapi tahun ini kita tidak digalakkan berjabat tangan. Namun, Islam kan agama yang mudah. Kalian boleh bayar je zakat fitrah secara online tanpa kontak dengan orang! Lebih selamat dan juga efisien.


Cara Bayar Zakat dengan E-Zakat Pay

Secara peribadinya, syira pernah membayar zakat secara online dan syira kira ada segelintir masyarakat yang juga pernah menunaikan zakat secara atas talian. Cuma cara ini mungkin tidak diketahui secara meluas kepada yang lain.

Dengan ini, Lembaga Zakat Selangor mengambil langkah ini bagi memudahkan kalian membayar zakat. Caranya bagaimana? Follow rapat cara-caranya di bawah ini:

• Isikan maklumat kalian seperti nama, nombor KP, bilangan tanggungan dan sebagainya.
• Kemudian pilih jenis zakat dan bayaran berdasarkan jenis beras yang kalian makan di rumah.
• Seterusnya pilih kaedah pembayaran. Contohnya, pembayaran secara Maybank online banking.
• Isikan email kalian untuk penghantaran resit pembayaran zakat nanti.
• Lepas tu, kalian baca la lafaz niat zakat tu ye.


Selesai! Alhamdulillah dan syabas kalian sudah pun berjaya membayar zakat secara online. Senang je kan? Tepuk tangan untuk diri sendiri. Sekiranya kalian ingin menyemak penyata zakat, kalian boleh klik pautan ini https://ezo.zakatselangor.com.my.

Oh ya, selain daripada cara di atas Lembaga Zakat Selangor turut menggunakan platform Go Payz bagi memudahkan kalian menunaikan zakat fitrah. Kalian boleh memuat naikkan aplikasi ini di Google Play & App Store.


Diharapkan kalian jelas dengan perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat buat kalian. Boleh kongsi jika dirasakan entri ini bermanfaat kepada yang lain. Selamat menunaikan zakat. Oh ya, selamat berpuasa walaupun kita sudah pun memasuki pertengahan Ramadan.




1 comment: