ECOSTORE (Ultra Sensitive) : Produk Yang Sesuai Untuk Kulit Sensitif

ECOSTORE (Ultra Sensitive) : Produk Yang Sesuai Untuk Kulit Sensitif | Mencari produk yang sesuai untuk seisi keluarga telah menjadi satu kewajipan bagi syira. Yelakan haruslah pastikan produk yang digunakan itu terjamin selamat dan bebas daripada bahan terlarang. Kali ni syira mencuba produk daripada ECOSTORE. Untuk pengetahuan korang ECOSTORE ini merupakan No 1 Jenama Eco di New Zealand.



Sejujurnya ini merupakan kali pertama syira mendengar tentang produk ini. Tapi syira tertarik nak cuba. Kebetulan medina terjadi ruam dekat badan dia. So apa lagi, ibu pun kenalah cari solusinya. Produk ECOSTORE (Ultra Sensitive) yang syira gunakan ni terdiri daripada Ultra Sensitive Body Wash, Ultra Sensitive Shampoo, Ultra Sensitive Fragrance Free Goat's Milk Soap.


Ultra Sensitive Body Wash


Merupakan pencuci badan tanpa wangian dan bahan pewarna. Ultra Sensitive Body Wash sangat sesuai digunakan untuk kulit sensitif dan kulit kering. Ultra Sensitive Body Wash menjaga kulit dari dalam. Syira suka Ultra Sensitive Body Wash ni sebab tanpa wangian. Ini bermakna produk ini selamat digunakan terutama bayi.


Ultra Sensitive Shampoo


Ultra Sensitive Shampoo ini boleh digunakan untuk kesemua jenis kulit kepala dan rambut. Sama seperti pencuci badan, Ultra Sensitive Shampoo ini juga tanpa wangian dan bahan pewarna yang merawat kulit kepala dari dalam. Medina suka ja guna Ultra Sensitive Shampoo ni sebab rambut lebih lembut selepas digunakan. 


Ultra Sensitive Fragrance Free Goat's Milk Soap


Merupakan sabun daripada susu kambing yang dikhususkan kepada individu yang sensitif kepada bahan pewangi. Syira gunakan Ultra Sensitive Fragrance Free Goat's Milk Soap ini dekat medina sepanjang dia terkena ruam. Alhamdulillah serasi la dengan medina. Tekstur yang lembut dan senang meresap ke dalam kulit.



Keistimewaan ECOSTORE (Ultra Sensitive)

✅Diluluskan oleh Sensitive Choice

✅Tiada paraben, steroid, pewarna & wangian

✅Diujikaji secari dermatologi untuk kulit sensitif

✅Selamat untuk alergik dan asma

✅Packaging dibuat daripada bahan yang boleh dimampan

✅Tiada kimia dan berasakan tumbuhan


Berita baik untuk korang! Korang boleh gunakan kod diskaun syira untuk dapatkan 20% diskaun. Wow banyaknya. Valid sehingga 15 March ini.



Sebarang info dan tempahan:

Website : Radiant World



0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post