Perlaksanaan Kempen Terbaru "Zakat@Family" oleh Lembaga Zakat Selangor - Syiera Firdaus

Friday, 15 November 2019

Perlaksanaan Kempen Terbaru "Zakat@Family" oleh Lembaga Zakat Selangor


Perlaksanaan Kempen Terbaru "Zakat@Family" oleh Lembaga Zakat SelangorAssalamualaikum dan salam sejahtera. Mencari keberkatan di dalam kehidupan tersangat la penting. Terdapat banyak cara bagi kita memperolehi keberkatan di dalam hidup kita. Salah satunya dengan cara menunaikan zakat seperti mana yang dituntut oleh agama Islam. Justeru itu, syira ingin memperkenalkan program yang baru dilancarkan oleh Lembaga Zakat Selangor untuk penduduk Negeri Selangor iaitu "Zakat@Family".


Pengenalan "Zakat@Family"

“Zakat@FAMILY” adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat bagi melengkapkan tanggungjawb di dalam sesebuah keluarga. Bayaran zakat boleh ditunaikan oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih di bawah tanggungan atau jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di Selangor.


Latar Belakang

Pensyariatan zakat adalah satu daripada ciri – ciri yang disyariatkan oleh Allah SWT untuk membentuk peribadi manusia sesuai dengan pra-syarat kebahagiaan sesebuah keluarga dan masyarakat yang harmoni mahupun sebagai individu yang menyanjungi kebahagiaan dalam kehidupan ini.

Zakat adalah salah satu fardhu dalam rukun islam yang lima. Sesiapa yang mengingkari akan kefardhuan zakat adalah kafir dengan ijma’ sebagaimana pendapat Ibn al Sobagh. Menegah daripada keluar menunaikan zakat boleh diperangi dengan ittifaq para sahabat sehingga mereka menunaikan hak Allah SWT kepadanya.

LZS cuba mengorak langkah dengan mengadakan kempen taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali yang masih di bawah tanggungan mereka.

Perkara ini adalah merupakan salah satu inisiatif Divisyen Kutipan di dalam meningkatkan lagi kutipan zakat serta dakwah dan hebahan maklumat zakat di Selangor.


Kaedah Dan Tanggungjawab

Ketua keluarga harus memastikan setiap individu di bawah tanggungannya mengisi dan melengkapkan borang taksiran zakat individu (i-Touch) untuk :

­čî╝Diri Sendiri
­čî╝Pasangan
­čî╝Tanggungan
­čî╝Individu di bawah jagaan

Setelah membuat taksiran zakat untuk diri, pasangan, tanggungan atau jagaan, ketua keluarga atau penjaga akan mengisi borang “Zakat@FAMILY”.

Setelah mengetahui kelayakan kewajipan zakat dan jumlah zakat bagi setiap ahli keluarga atau penjaga, pelanggan perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan, tanggungan atau individu di bawah jagaannya.

Panduan Pemilik Harta, Tanggungjawab Taksiran dan Tanggungjawab Pembayaran “Zakat@FAMILY” adalah seperti berikut :



Jenis-jenis harta yang terlibat bagi pentaksiran dan pembayaran “Zakat@FAMILY” adalah seperti berikut :



Wah menarik bukan program ini? Banyak kebaikan yang kita akan perolehi jika kita mengikuti program "Zakat@Family" ini. Semoga dengan pelaksanaan kempen dan promosi yang dirancang dan dijalankan nanti akan dapat mendidik umat Islam di Selangor dengan lebih baik dalam menunaikan ibadah zakat sekaligus memberi kemudahan dan kefahaman serta dapat mengoptimumkan kutipan zakat di Lembaga Zakat Selangor.

Melalui pendekatan ini juga diharapkan agar ianya menjadi contoh kepada institusi-institusi zakat yang lain dalam gerak kerja taksiran zakat ke atas setiap individu muslim secara menyeluruh tanpa mengira usia dan sebagainya. In shaa Allah.

Untuk maklumat lanjut, korang bolehlah melayari di laman sesawang www.zakatselangor.com.my dan juga boleh ditonton di video ini. Boleh kongsi sekiranya bermanfaat kepada orang lain. Sekian. Wassalam.




17 comments:

  1. Terima kasih untuk info ini. Memang penting kita mengetahui mengenai zakat.

    ReplyDelete
  2. Tak berapa nak faham konsepnya nih kena g kaunter la tanya sendiri tentang konsep dia..hihi.. anyway semoga lebih ramai tunaikan kewajipan berzakat mereka ya!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian, senang dah ada macam ni kan? Senang laksanakan dan senang faham. Info yang cukup lengkap..

    ReplyDelete
  4. Bagus lembaga zakat selangor ni. banyak kempen yang diorang anjurkan untuk kesedaran membayar zakat ni. syabas.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih untuk artikel ini. Kadang-kadang memasing alpa dengan kehidupan sekarang ni. At least boleh alert pembaca dan saya juga tentang kepntingan Zakat. Usaha yang baik oleh Lembaga Zakat Selangor.

    ReplyDelete
  6. Setiap hujung tahun memang zakat akan mula perkasakan program mereka demi nak menggalakkan orang ramai terus membayar zakat dan tidak lupa akan tanggungjawabnya ini adalah tuntutan agama tapi wang zakat untuk orang Islam sebab nak menjaga kebajikan orang Islam dahulu...

    ReplyDelete
  7. terbaiklah kempen terbaru tentang zakat ni. barulah ramai yang akan lebih memahami tentang zakat dan sebagainya. terima kasih atas perkongsian ya.

    ReplyDelete
  8. Uikkk, baca artikel ni baru teringat. Dah nak hujung tahun kan. Dah start kena buat taksiran ni. Tapi bagus juga ada zakat@family, boleh kira utk satu family

    ReplyDelete
  9. Kempen yg bagus perkongsian Info yg berguna.. Senang juga perkiraan bila ada zakat@family nie.. Mudah n tepat.. Zakat itu dapat membantu golongan yg lebih memerlukan dan sangat dituntut oleh agama

    ReplyDelete
  10. Bagus la ada zakat family ni jadi dapatlah membantu ketua keluarga utk tunaikan tanggungjawab bayar zakat keluarga lebih mudah

    ReplyDelete
  11. Baguslah Lembaga Zakat Selangor ni. Macam macam usaha dan kempen yang diperkenalkan kepada masyarakat untuk mendedahkan mereka akan kepentingan zakat.

    ReplyDelete
  12. Good info to share. This is something valuable. Thank you.

    ReplyDelete
  13. pentingnya zakat ni, masa belaja dulu, ada juga belaja pasal zakat, sekarang dah kerja, kene applykan.

    ReplyDelete
  14. Tahniah zakat malaysia. Sentiasa buat program mcm ni utk ingatkan masyarakat bertapa pentingnya zakat dlm islam. Byk asbab kita zakat bantu org lain

    ReplyDelete
  15. Thanks for sharing such info. This will be good for the society.

    ReplyDelete
  16. semoga usaha ini dapat membantu mereka yang memerlukan dan zakat antara rukun islam yang wajib kita laksanakan bila kita mampu.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillahhh bila dah makin mudah cara perlaksanaan, maka jadi makin senang nak melakukannya hehhee

    ReplyDelete