4 Langkah Penjagaan Kulit Dengan Otaci Rose Passion - Syiera Firdaus

Tuesday, 1 October 2019

4 Langkah Penjagaan Kulit Dengan Otaci Rose Passion


4 Langkah Penjagaan Kulit Dengan Otaci Rose Passion | Agak lama juga syira tak kongsi dengan korang mengenai penjagaan kulit. Tapi baru-baru ni syira mencuba produk daripada Turki iaitu Otaci Rose Passion. Mungkin agak baru bagi korang sebab produk Otaci ini baru dibawa masuk ke Malaysia di bawah bimbingan syarikat HG Mart.

Syira tertarik dengan objektif HG Mart ini di mana mereka komited dalam menyediakan produk yang berkualiti dan terbaik kepada pelanggan di seluruh dunia. Korang jangan risau Otaci Rose Passion ini diperbuat daripada 100% bahan semula jadi. Istimewanya bahan Otaci Rose Passion ini adalah air mawar dari Mediterranean. Memang terkenal kan penggunaan air mawar dalam penjagaan kulit.

Otaci Rose Passion: Natural Facial Series mempunyai empat jenis iaitu Micellar Cleansing Water, Facial Cleansing Foam, 100% Natural Rose Water Hydrating Tonic dan 100% Natural Rose Water Hydrating Face Mist. Untik pengetahuan semua, syira sudah menggunakan Otaci Rose Passion ini selama satu minggu. Mari syira cerita satu-satu dengan korang.


🌹Langkah 1
Micellar Cleansing Water

Fungsi Micellar Cleansing Water ini adalah untuk mencuci dan menanggalkan kotoran di kulit wajah. Syira boleh dikatakan selalu mengenakan make up. Jadi Micellar Cleansing Water ini sangat penting okay. Sepanjang syira menggunakan Micellar Cleansing Water, segala kotoran senang ditanggal. Mudah dan tidak meninggalkan iritasi pada kulit syira.


Sesetengah produk lain, selalu terasa tajam bila diusap di kulit. So far Micellar Cleansing Water is the best. Bau wangian bunga ros cukup menenangkan. Syira menggunakan Micellar Cleansing Water sebanyak dua kali sehari.

Cara menggunakan Micellar Cleansing Water
Titiskan beberapa titik ke cotton pad dan sapukan secara perlahan ke seluruh wajah. Boleh digunakan di bibir dan mata.


🌹Langkah 2
Facial Cleansing Foam

Didatangi dalam tekstur foam atau buih. Syira sememang suka dengan pencuci muka jenis buih. Sebabnya tidak menyebabkan kulit syira kering dengan adanya bahan seperti bunga ros dan aloe vera. Facial Cleansing Foam ini sesuai digunakan bagi kulit sensitif.



Jadi korang yang ada kulit sensitif boleh je guna Facial Cleansing Foam tanpa ragu-ragu ye. Menarik sekali Facial Cleansing Foam tidak seperti pencuci muka yang lain. Buihnya sangat halus dan wangi sangat. Kulit syira terasa lebih lembut selepas menggunakannya.

Cara menggunakan Facial Cleansing Foam
Pam sedikit ke tapak tangan dan urutkan ke seluruh wajah. Bilas dengan air bersih.


🌹Langkah 3
100% Natural Rose Water Hydrating Tonic

Dihasilkan dengan menggunakan air mawar 100% sebagai pembersih wajah selepas syira mencuci muka dengan facial cleansing foam. 100% Natural Rose Water Hydrating Tonic ini mengekalkan keanjalan kulit dan juga melembapkan kulit.



Syira gunakan 100% Natural Rose Water Hydrating Tonic pada waktu pagi dan malam. Untuk pengetahuan semua, kulit syira agak berminyak. Apabila syira menggunakan 100% Natural Rose Water Hydrating Tonic, kulit syira kurang berminyak. Eh sukanya!

Cara menggunakan 100% Natural Rose Water Hydrating Tonic
Titiskan ke atas cotton pad dan ratakan ke seluruh wajah. Elakkan terkena di bahagian mata dan bibir.


🌹Langkah 4
100% Natural Rose Water Hydrating Face Mist

Langkah terakhir adalah serikan wajah korang dengan 100% Natural Rose Water Hydrating Face Mist. Lebih kurang final touch up la gituhh. Syira gunakan selepas make up bagi menaikkan seri dan untuk efek glowing.



Botol 100% Natural Rose Water Hydrating Face Mist ini user friendly. Senang nak bawa ke mana sahaja. Kalau korang rasa kulit kering, bolehlah spray 100% Natural Rose Water Hydrating Face Mist ni. Bau pun wangi.

Cara menggunakan 100% Natural Rose Water Hydrating Face Mist
Spray ke wajah dan tak perlu dibilas. Boleh guna pada bila-bila masa.


Harga Otaci Rose Passion: Natural Facial Series
🌹Micellar Cleansing Water: RM97.90
🌹Facial Cleansing Foam: RM97.90
🌹100% Natural Rose Water Hydrating Tonic: RM93.90
🌹100% Natural Rose Water Hydrating Face Mist: RM32.90



Untuk pengetahuan semua, Otaci Rose Passion: Natural Facial Series ini telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan tMalaysia dan bebas daripada bahan terlarang. 100% selamat dan bahan pun natural je. Sebab tu syira guna!

Berita baik untuk semua! Kalau korang nak beli, korang boleh menggunakan promo code syira. Diskaun sebanyak 10%. Banyak tuuu. Jangan lupa gunakan kod syiera19 tau!

Untuk maklumat lanjut dan tempahan:

12 comments:

  1. menariknyaaa.. banyak dah jenama guna rose water sebagai bahan untuk produk mereka. mmg bagus. tapi ada orang yang kulit dia tak ngam dengan rosewater.. macam nisa laa.. tak dapat la nak try huhuu..

    ReplyDelete
  2. Price dia pun sesuai la dgn quantity produk tu

    ReplyDelete
  3. Menarik! First time juga LeYa dengar tentang produk Otaci ni.

    ReplyDelete
  4. Wow!!!!!!!!! Otaci Rose Passion beauty line look so good.ipernah baca about Mediterranean rose. Memang good for skin. Insya’Allah one day I can try. Thanx for sharing ya.

    ReplyDelete
  5. Kali pertama yaya tau mengenai jenama Otaci ni. Yaya suka cuba produk yang gunakan bahan natural. Thanks sudi berkongsi info.

    ReplyDelete
  6. menarik.. pelbagai produk dan jenama di pasaran, beri pilihan kepada pengguna.

    ReplyDelete
  7. bestnyaaa suka apa2 je yg berkaitan dgn rose...wangiiii

    ReplyDelete
  8. Lia x pernah guna lagi produk dari Turki & lagi-lagi guna bau rose ni kan. Macam nenarik je produk ni semua. Face mist tu teringin nak cuba.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah dgr brand ni tapi nmpak promising. Boleh la try cari nanti. Nk cuba jugak la especially micellar water dia.

    ReplyDelete
  10. Wahhh bunga rose mesti wangi tu. Selain wangi, extract rose mmg banyak benefit kan, sbb tu skrg byk produk guna rose dah.

    ReplyDelete
  11. Wahhh... No wonder u always look refreshing and confident..
    Now I know ur secret. I also wanna hunt for this

    ReplyDelete