Impian Terbang Dengan Harga Yang Murah - Syiera Firdaus

Friday, 30 August 2019

Impian Terbang Dengan Harga Yang Murah

Siapa taknak kan kalau dapat pergi bercuti dengan naik flight yang murah-murah. Walaupun kita berada kat zaman ekonomi tengah down sekarang ni, kita tetap perlukan percutian yang dapat restkan minda kita,  tak gitu? That’s why aku nak share dengan korang macam mana nak buat book cheap flights so that korang boleh pergi bercuti dengan bajet yang minimum. Boleh bawak family sekali pergi bercuti baru best. Bayangkan korang boleh pergi bercuti kat Langkawi. Best gak langkawi ni sbb dalam Malaysia je tak payah pakai passport.

Ada satu jambatan melengkung yang cuma boleh berjalan kaki jer yang terpanjang di dunia sudah cukup membuatkan traveller yang bercuti ke Pulau Langkawi tak mahu lepaskan peluang tengok sendiri satu mercu tanda kat Langkawi yang popular named Sky Bridge. Kehebatan engineer yang membina jambatan ini dengan hanya menggunakan satu tiang besi sokongan memang sangat mengagumkan. Sky Bridge yang sepanjang 125 meter ini boleh korang lalui berjalan kaki kalau tengok keindahan Pulau Langkawi dari sudut yang paling menarik. Walaupun jarak 125 m itu adalah taklah terlalu panjang, namun oleh kerana kerumitan seni bina jambatan unik ini, ianya mengambil masa selama 12 bulan untuk siap sepenuhnya pada tahun 2004. Lokasi jambatan ini yang terletak kat atas puncak Bukit Machinchang iaitu titik kedua tertinggi kat Pulau Langkawi, membolehkan korang tengok panorama sekeliling secara 360 darjah.

Nak ke sini, pelancong kena menaiki SkyCab atau kereta kabel menuju ke Top Station yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari stesen bawah. Sebaik sampai kat Top Station, korang kena berjalan kaki & mendaki sedikit melalui laluan yang agak mencabar sekitar 10 minit nak sampai ke Sky Bridge. Jika korang tiada stamina, usah risau kerana terdapat perkhidmatan tram (SkyGlide) yang boleh bawa korang ke sini tanpa kena memerah keringat. Sebaik menyelusuri jambatan yang menghubungkan 2 puncak bukit ini, perasaan gerun dan seronok seolah-olah bercampur baur. Gerun kerana jambatan ini sangat tinggi and agak bergoyang-goyang sedikit serta seronok kerana panorama alam yang terbentang luas kat depan mata yang pasti membuatkan korang tak mahu berkelip. Masa terbaik nak ke sini adalah pada waktu petang sedikit kerana kurang panas. Sekiranya cuaca buruk kebiasaanya SkyBridge dan perkhidmatan kereta kabel Langkawi akan ditutup. Best kan???

Menaiki Skycab

U guys pernah dengar tak apps Traveloka yang semakin faymes tuu? Haa best tau apps tu. Kat apps tu korang boleh search pelbagai jenis flight dan harga dia. Contohnya korang nak cari flights to Langkawi promo, korang boleh pergi web traveloka dan korang boleh find out info dan promo kat situ. Korang kena pilih sama ada sehala atau pergi balik, kemudian korang pilih korang nak naik kapal terbang dari mana, then korang pilih untuk berapa orang, aku cadangkan korang letak 1 je dulu. Korang set tarikh departure korang and tarikh balik kalau korang pilih 2 hala. Kalau tak nak harga mahal korang cari tarikh yang bukan hari perayaan atau cuti sekolah. Lepas tu korang pilih la sama ada korang nak naik economy class, business class atau first class. Dah setel semua korang klik ‘cari tiket’. Tadaa akan ada list of penerbangan yang ada dari airlines yang berbeza. Biasanya yang paling murah akan ada kat paling atas sekali. Kalau korang rasa puas hati dengan harga tu korang boleh buat booking. Kalau tak puas hati cuba cari tarikh lain. Senang kan? Sebab korang buat perbandingan harga dari airline lain jugak kat Traveloka ni. 

Tu kalau ke Langkawi korang boleh gak book untuk destinasi yang lain. Tapi kalau korang nak ke langkawi korang boleh pergi tempat yang best-best jugak. Ramai orang cakap, kalau bercuti kat Langkawi, cuma aktiviti di air sahaja yang best nak buat seperti snorkeling, main kejar-kejar kat pantai, sukan air dan macam-macam lagi. Sebenarnya, banyak lagi aktiviti menarik di Langkawi yang lain tetap best yang boleh dilakukan. Tarikan pelancongan di Langkawi bukan hanya terdapat di kawasan pantai sahaja, bahkan di bukit, di hutan, di tasik dan jugak di darat. Pendek cerita, sama ada korang ingin bercuti secara solo, berpasangan, atau bersama anak-anak, Pulau Langkawi mempunyai pelbagai destinasi percutian menarik yang sesuai untuk semua orang. 

Underwater World Langkawi

16 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Bestnyaa langkawii dah lama tak sampai sana! Nanti wajib repeat. Guna traveloka juga. Thanks for sharing ya. Nice info!

    ReplyDelete
  3. Wah, Langkawi ... Lama tak pergi Langkawi ... mesti seronok.yg pigi bercuti boleh jak book thru Traveloka , kalau ada promo lg berbaloi guna traveloka ni ..
    banyak tempat menarik di Langkawi, wishlist juga ni.

    ReplyDelete
  4. Senang ada traveloka ni kan? Tinggal search aje mana kita nak pergi, semua details bileh dapat hujung jari. Bestnya pergi langkawi. Setuju sgt dgn sis. Kita perlu pergi bercuti utk rehatkan minda kita dgn keindahan ciptaan Allah :)

    ReplyDelete
  5. Pertama kami bekunjung disini.. salam kenal.. mari berkawan.. :)

    ReplyDelete
  6. Memang terbaik review. Akhir2 ini musim di LANGKAWI tidak baik. Better rancang percutian pada masa yang cerah dan bukan cuti sekolah . Takut padat dengan orang,

    ReplyDelete
  7. Coming soon memang cadang nak pegi langkawi ni. Bolehla survey kat traveloka nanti

    ReplyDelete
  8. Memang murah ye guna apps traveloka ni? Apa beza dgn air asia go? Lebih kurang je kan? Dia ada pakej sekali flight, hotel, dan perjalanan tak? Boleh la nk cuba apps ni. Nk bandingkn sambil2 dgn yang lain

    ReplyDelete
  9. Bagus adanya traveloka ni, sekurangnya mereka yg kurang berkemampuan tu dpt juga travel bila adanya promo promo yg dibuat. Sis lps anak abis exam boleh le survey traveloka..tak jauh dekat2 pun jadilah

    ReplyDelete
  10. traveloka always buat kita rasa nak bercuti dengan harga tawaran yang hebat diaorang kasi. of course kena terjah traveloka bila plan nak bercuti.

    ReplyDelete
  11. Rawlins sangat suka Langkawi - jika nak release tension - bagi Rawlins Langkawi adalah lokasi terbaik. Senang nak makan, lokasi tak jauh dan paling best, memang akan release segala kekusutan bila lepak di tepi pantai.

    ReplyDelete
  12. Tengah tunggu promo langkawi harga RM 49 sehala Air Asia, eh kalau ada lagi lah hehehe. Dulu murah2 sgt tapi tak ada masa nak pi sampai la ni la masa kurang mengizinkan. Nak pi langkawi sbb kat situ my friend kata kat kampung best untuk jenjalan besides all the tourist attractions~

    ReplyDelete
  13. kalau boleh memang nak semuanya murah. nak bercuti nie ramai takut sebab bab berbelanja tu. trakut banyak habis. duit flight lagi, duit hotel lagi, belum lagi makan dan shopping. baguslah kalau ada tips utk travel scra murah mcm nie

    ReplyDelete
  14. kita memang cheapskate sikit kalau bab-bab travel ni kan semua benda nak murah hahaha so haruslah buat pilihan yang bijak

    ReplyDelete
  15. true.. everyone also wish to fly at the most promotional rate... saving an amount can go for many other places...

    ReplyDelete
  16. Dah lama x pergi cuti. Tengok promo terus rasa membuak-buak nak pergi bercuti lagi hehe. Btw kalau beli time promo mmg murah

    ReplyDelete