Risau Ibu Bila Medina Demam Campak & HFMD - Syiera Firdaus

Monday, 30 December 2019

Risau Ibu Bila Medina Demam Campak & HFMD

Risau Ibu Bila Medina Demam Campak & HFMD l Assalamualaikum dan salam sejahtera! For your info, awal bulan April yang lepas Medina terkena campak dan HFMD (hand, foot, mouth disease). Lepas seminggu kebah demam campak, tetiba terkena HFMD pulak.
Awal-awal tu medina demam ringan ja tapi suhu yang agak tinggi bila tengahari. Every four hours, syira check suhu dia. Kejap naik, kejap turun. Paling tinggi masa tu 40 darjah celcius. Risau syira. Bukan apa takut sawan ja baby ni.
Tiga hari jugak la medina demam on off. Tak kebah. Hari ketiga kami decided bawak dia jumpa pakar kanak-kanak. Klinik Dr Hacharan, Sg Petani fyi. As usual doktor check tonsil, paru-paru semua okay. Cuma still demam ja lagi. So doktor bagi la ubat. Esok tu, alhamdulillah demam dah kebah tapi… ada keluar ruam halus dekat muka dia.
My mum tengok pastu cakap peliknya ruam ni. Macam bukan ruam yang biasa. Bukan ruam panas. Tapi macam campak! Ahhh.. sudah. Syira ni dah la takdak pengalaman. Risau lagi. Mak cakap takpa kalau betul campak dia merebak sampai ke kaki. And yes, habis sampai kaki naik bintik. Confirm campak tapi campak kecik. Bukan chicken pox yang ada blister tu.
Tips orang tua dulu kena mandikan dengan daun mambu. Atau kita panggil neem leaf. Selalunya ada tumbuh dekat kuil. Punya la susah nak cari daun ni. Kalau ada pun boleh la dapat sikit sebab ranting dia tinggi belaka. Jenuh husband lompat-lompat nak capai punya pasal.
Dah anak campak ni sekali ibu dia kena pantang tau. Apa la nasib. No chicken, no egg or anything yang gatal dan spicy. Dah ibu dia gila makan pedas. Berhuhuhu la syira. Alhamdulillah, lepas 5 hari, campak dah surut. Mak suruh bawak medina pi buat air penawar dekat ustaz. Ustaz ni cakap medina nak keluar campak besar sebab dia tengok campak medina tak keluar habis lagi. Ibu risau lagi.
Tips untuk anak campak
-mandikan dengan air rendaman daun mambu untuk hilangkan miang/gatal
-alaskan tempat tidur anak dengan daun mambu
-jangan bagi anak berpeluh kalau tak lagi la miang
-kalau boleh jangan pakaikan baju dulu
-bagi minum air kelapa supaya cepat keluar campak
-pantau suhu. Macam medina tak demam masa campak.
-jangan bagi antibiotik. Nanti campak terbantut. Betul ke? Hehe
-kalau mudarat, jumpa doktor ya. Selalu doktor bagi ubat demam dan calamine lotion. Macam syira guna Shaklee Herbal Cream 
Ni la daun mambu.. syira terus letak lepas ayah dia bawak balik daun ni. Kebetulan dia tidur hehe
Guess what? Lepas 2 hari lega campak, medina demam balik. Tapi slight fever jelah. Cuma malam dia demam tu dia tolak breastfeed. Medina nangis lapar tapi dia tak nak menyusu. Bayangkan la dia nangis on off dari pukul 2 pagi sampai 5 pagi.
Esok pagi syira check mulut dia ada ulser banyak. Serious, banyak wehhh. No wonder la dia taknak susu. Air liur meleleh ja. Pastu tengok ada blister dekat kaki dan tangan. Ahhh sudahhh ni bukan campak tapi something else. Patutlah ustaz tu cakap nak keluar campak besar tapi bukan campak. Its HFMD !!
Maka, bermulalah episod medina merengek tak nak minum/makan. Bila nak minum ja, dia tolak. Sampai satu tahap dia campak makanan. Agaknya geram kot sakit nak telan. Try bagi aiskrim tu pun dia tolak. Ada la dua suap. Syira tak jumpa doktor. Syira try rawat medina dekat rumah ja. Jangan cakap syira anti vaksin pulak taknak jumpa doktor hehehhee biasanya HFMD ni boleh sembuh dengan sendirinya.
Cuma kalau anak korang sampai taknak makan/minum pastu macam dehydration tu memang kena warded la. Kang melarat pulak. Medina ni alhamdulillah la dia strong enough to face it. Dia lawan jugak. Dia try jugak breastfeed. Sampailah makin lama makin kurang ulcer dalam mulut dia.
Memang kena kerapkan bagi dia minum kalau dia taknak makan. Macam syira bagi dia makan sup ayam. Sbb dia susah nak kunyah nasi. Boleh la dari perut dia kosong. After four days, medina sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah, lega ibu. Medina terkena penyakit sekali seumur hidup dua minggu berturut-turut kot. Agaknya, tak nak ibu dia pening kalau kena masa dah besar sikit. Hehehehe
Okay, tu ja la wakkk nak share. Bye. 
Ni la shaklee herbal cream. Bagus betul cream ni.
                                                                 

8 comments:

  1. Alhamdulillah sembuh jugak. Macam macam dugaan gak yer. It's hard to be a mum. But you manage it well. Cait cakap macam dah kawen but xde lagi sy ni. hehehe

    ReplyDelete
  2. semoga medina cepat sembuh..

    ReplyDelete
  3. Semoga medina cepat sembuh, anak saya baru lepas kena campak..memang tak keruan jadinya

    ReplyDelete
  4. bagus tips ni. tq sharing! moga anak awak sentiasa sihat

    ReplyDelete
  5. sama, ank mek pun kena jugak HFMD. ada mek buat entry pasal tu. tapi that time mek jumpa doktor. dia ada bg ubat untuk hilangkang gatal and ubat tu jugak berfungsi untuk elak air bisa merebak ke tempat lain pulak. yg ulser tu memang letak oral aid je. alhmdulillah lepas 4 hr, ok dah

    ReplyDelete